Monday, May 13, 2013

titik hitam dalam sejarah negaraku: adakah ia akan berulang?

salam sejahtera kepada semua.

hari ini adalah 13 Mei 2013. tarikh tersebut mengingati semua warganegara malaysia tentang satu titik hitam dalam sejarah negara kita, iaitu rusuhan 13 Mei 1969. =(

kebelakangan ini, dalam beberapa perbualan online, saya mendapati bahawa ada segelintir orang yang cenderung membangkit-bangkitkan 13 Mei sebagai sesuatu yang menakutkan. lazimnya, orang yang sedemikian mengutarakan pendapat-pendapat berikut:
1. orang cina dan DAP adalah dalang di belakang tragedi 13 Mei.
2. sekiranya rakyat Malaysia yang berketurunan cina terus menyokong pihak pembangkang dan tidak mengembalikan sokongan mereka kepada BN dan MCA, maka ada risiko bahawa tragedi 13 Mei akan berulang sekali lagi.

adakah ini benar?

saya amat menghormati Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan kita. dengarlah suara beliau, menjelaskan tentang peristiwa hitam 13 mei 1969 dalam video ini: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=XfrD4wVRTc8

beliau berkata bahawa rusuhan tersebut telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam UMNO untuk menjatuhkan beliau!

dari http://noto513.wordpress.com/2008/06/21/the-real-story-behind-may-13-by-tunku-abdul-rahman/, beliau berkata bahawa beliau enggan memberikan permit polis bagi pihak pembangkang membuat perarakan mereka, kerana beliau mengetahui bahawa 'racial tension' pada masa itu amat tinggi dan perarakan sedemikian berpotensi mencetuskan perusuhan. namun, Tun Razak telah mengizinkan permit tersebut tanpa pengetahuan beliau!

tambahan lagi, lihatlah apa yang ditulis oleh Dr. Mahathir dalam suratnya kepada Tunku pada 17 Jun 1969. surat tersebut dapat dibaca di sini:http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2012/03/may-13-riots-mahathirs-open-letter-to.html

daripada surat tersebut, jelas sekali bahawa Dr. Mahathir menyalahkan Tunku dan berpendapat bahawa polisi dan keputusan-keputusan Tunku telah mencetuskan rusuhan Mei 1969.

semua ini bukannya bertujuan berkata bahawa orang cina dan DAP tidak bersalah. memang ada di kalangan mereka pada masa itu yang berfikiran rasis. mereka telah meraikan kemenangan mereka dalam cara yang tidak dapat diterima, bukan sahaja oleh orang melayu, tetapi juga tidak dapat diterima oleh saya sebagai seorang anak bangsa malaysia.

namun demikian, jelas sekali bahawa apa yang telah berlaku jauh lebih kompleks daripada "semuanya salah cina dan DAP". terdapat juga politik dalaman UMNO yang perlu diambil kira. dalam perkara ini, mungkin semua pihak juga memikul sebahagian daripada kesalahannya.

tambahan lagi, DAP pada hari ini tidak sama dengan DAP pada zaman itu. saya sendiri bukan ahli mana-mana parti politik, tetapi saya ada ramai sahabat karib dalam DAP (dua contoh: Edward Ling dan James Yeang). mereka tidak bertujuan mengambil alih kuasa dari orang melayu. mereka akur dengan kedudukan khas dan hak-hak istimewa orang melayu. mereka cuma ingin membetulkan masalah ketidakcekapan, korupsi, dan ketamakan dalam pemerintahan malaysia yang menyebabkan negara kita ini mengalami hutang yang semakin meningkat dan menghadapi bahaya menjadi negara yang muflis sebelum 2019! (tak percaya? lihatlah http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2010%2F5%2F28%2Fmstar_berita%2F20100527203431&sec=mstar_berita)

terima kasih kerana membaca 'status update' saya yang terlalu panjang ini sehingga takat ini. kalau ada apa-apa yang telah saya katakan yang tersilap atau salah, maafkanlah saya. marilah kita bawa berbincang; marilah kita sama-sama mencari kebenaran.

No comments: